Skip to main content

Report yang hancur..^^



Laporan kajian TITAS
Pada minggu ketiga kuliah, Puan Ros Aizah Mohd Mokhtar telah memberi kolonggaran kepada kami untuk memilih tajuk kerja kumpulan masing-masing. Setelah berbincang engan kawan-kawan, kami semua bersepakat untuk memilih kerja lapangan dan memilih tajuk “asal usul dan adat istiadat kaum rungus di Sabah”. Setelah kami mendaftar tajuk kerja kumpulan tersebut, kami berbincang serba sedikit mengenai kerja lapangan tersebut. Pada hari itu juga kami merancang untuk pergi ke Kampung Pitas Kota Marudu untuk mencari maklumat mengenai kaum Rungus.

Tetapi, kami telah membatalkan rancangan awal kami untuk ke Kota marudu kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan sama sekali. Kami berbincang dan terus berbincang dan akhirnya kami mencapai kata putus untuk pergi ke daerah Kudat pula, kerana kami difahamkan penduduk daerah kudat kebanyakkannya adalah kaum Rungus dan ditambahkan lagi terdapatnya Rumah Panjang untuk tujuan perlancongan di kampung Bambagazo Kudat.

Seminggu sebelum kajian, Stefanie telah menelefon ketua kampung selaku pengurus di Rumah Panjang tersebut untuk pemberitahuan awal mengenai kunjungan kami ke sana. Tetapi, pihak pengurus disana memaklumkan bahawa kami hendak mengesahkan kedatangan sebelum hari kami bertolak. Beberapa hari sebelum kami memulakan kajian kami, kami mempunyai masalah mengenai kenderaan iaitu samaada hendak menyewa kereta dan memandu sendiri ataupun menyewa kereta dan pemandu. Selepas kami berbincang, akhirnya kami memilih untuk menyewa van dan pemandu atas dasar keselamatan kami sendiri kerana kami tidak mengetahui jalan menuju ke Kudat.

Dua hari sebelum kajian, kami telah berjaya menyewa van dan pemandu yang bernama pakcik Johnson yang amat baik sekali. Beliau telah menetapkan sewa kepada kami sebanyak RM360. Kami pun bersetuju dengan harga sewa yang diberikan kepda kami dan kami bersedia menyediakan sejumlah wang tersebut. Setelah memastikan kenderaan dan lawatan kami ke rumah panjang Kampung Bambagazo dapat dijalankan, kami merancang perjalanan kami, makanan, dan kos dengan baik supaya lebih memudahkan kajian kami.
Pada tarikh 27 November 2011 yang bersamaan dengan hari ahad, kami memulakan perjalanan seawal jam 7.00 pagi. Keadaan cuaca yang hujan dan sejuk ditambahkan lagi tugasan yang berlambak, kami tetap ingin menjalankan kajian ini sehinggakan kami membawa computer riba didalam van untuk menyiapkan tugasan kursus yang lain kerana banyak tugasan yang perlu dihantar pada hari berikutnya. Akibat mengejar masa, kami berlima tidak sempat bersarapan pagi di kolej kediaman masing-masing dan mengambil alternatif lain untuk membungkus nasi lemak dan bersarapan bersama-sama didalam van. Dalam perjalanan menuju ke destinasi, kami sempat menyaksikan kemalangan jalan raya yang kurang mengerikan.

Selapas satu jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi Rumah Panjang Rungus Kampung Bambagazo Kudat. Pak cik Johnson menghantar kami tepat di depan kaunter pembayaran masuk. Sebelum masuk kami membayar sebanyak RM3.00. dari jauh lagi kami dapat melihat rumah yang amat panjang sekali. Makcik yang menjaga kaunter menjemput kami masuk kedalam rumah panjang sementara menunggu Ketua Kampungselaku responden utama kami untuk sampai. Sementara menunggu pak cik Majaun (ketua kampung) kami berjalan-jalan di sepanjang rumah panjang samnil mengambil gambar untuk tujuan kenangan dan lampiran tugasan. Dalam rumah panjang tersebut juga terdapat penjualan kraftangan dan aksesori yang dibuat sendiri oleh orang kampung.

Beberapa minit kemudian, ketua kampung datang dengan tersenyum melihat kami yang teruja berada didalam rumah panjang tersebut. Kami berkenalan dengan pak cik tersebut dan pak cik Majaun menjemput kami duduk di salah satu tempat dalam rumah panjang tersebut untuk tujuan soal jawab. Kemudian kami melontarkan soalan semua mengenai Kaum Rungus, pak cik Majaun menjawab dengan teliti dan bersabar di atas soalan-soalan yang kadangkala membingungkan beliau, tetapi mujurlah kami dapat menerangkan dengan baik kepada beliau. Dalam temuramah tersebut, kami sempat bergelak tawa dengan pak cik pak cik Majaun kerana terdapat unsur-unsur lawak dalam temuramah kami, keaadan ini membuatkan suasana lagi menyeronokkan.

Sebelum mengakhiri temuramah itu, pak cik Majaun menjemput kami untuk berjalan-jalan didalam bilik rumah panjang tersebut untuk melihat peralatan dan alat muzik bagi etnik Rungus. Dalam kesempatan itu juga, kami meminta untuk melihat baju tradisi masyarakat Rungus yang mempunyai banyak manic-manik yang doipercayai berasal dari China,dan salah satu ahli kumpulan kami berpeluang mencuba pakaian Rungus tersebut. Pak cik Majaun juga tidak ketinggalan memperlihatkan kami gambar perkahwinannya bersama isteri tercinta yang meperlihatkan cirri-ciri kebudayaan masyarakat Rungus.

Disebabkan pakcik Majaun ingin menunaikan sembahyang di gereja pada jam 10.30 pagi, beliau meminta diri untuk pergi ke gereja. Kami mengucapkan terima kasih dan membayar sejumlah wang untuk responden. Sebelum kami keluar dari rumah panjang tersebut, kami sempat membeli kraftangan yang dijual didalam rumah panjang itu dan berborak dengan penjual kraftangan didalam rumah panjang tersebut. Di kesempatan itu juga kami mengambil gambar bersama penjual-penjual kraftangan tersebut. Mereka amat peramah sekali. Selepas puas berada didalam rumah panjang yang cantik itu, kami pun meminta diri untuk keluar, dan sebelum itu kami bersalam-salaman dengan mak cik yang berada didalam rumah panjang tersebut.

Pada jam 11.00 pagi kami bertolak ke Kampung Matunggong untuk pergi melawat kampung yang membuat gong yang merupakan alat muzik yang terkenal di Sabah. Kami membayar sebanyak RM2.00 untuk masuk disebabkan kepintaran pak cik Johnson menawarkan harga masuk dan kami amat berterima kasih kepada pak cik Johnson yang amat pakar dalam bidang tawar menawar. Sepanjang jalan terdapat banyak gerai gong di kampung tersebut, malah kami difahamkan juga, gong UMS turut dibuat di kampung tersebut. Kami sempat melihat gong yang besar berukirkan nama Universiti Malaysia Sabah.

Kami berjalan-jalan di kampung tersebut sambil melihat gong-gong yang dipamerkan, kami turut difahamkan bahawa gong tersebut amat mahal dan sesiapa yang mempunyai gong dikira berada pada suatu ketika dahulu. Sepanjang perjalanan kami dalam kampung tersebut, kami tertarik dengan gong gergasi yag diletakkan dalam sebuah padang, gong tersebut amat besar dan kami sungguh tertarik dengan gong gergasi tersebut. Kami pun mangambil gambar berdekatan dengan gong gergasi tersebut, tidak hairanlah terdapat banyak pelancong asing yang berjalan-jalan disana semata-mata ingin melihat gong gergasi dan keunikan kampung tersebut.
Kami sengaja berjalan-jalan di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kampung Bambagazo untuk kenal lebih dekat budaya-budaya masyarakat Rungus dan ingin mengunakan masa yang terlebih supaya duit sewaan diguna secara berfaedah dengan melawat tempat-tempat yang menarik hati. Selepas puas melawat pusat/kampung membuat gong kami bertolok menuju ke kampung yang memproses madu lebah dengan tujuan ingin membeli madu lebah yang asli. Sampai dikampung madu, kami bertanya kepda penjaga kaunter masuk, tetapi malangnya pada hari itu, madu lebah sudah habis dan kebetulan mereka tidak memproses madu pada ketika itu. Kami pun menaiki van dengan perasaan yang hampa.

Walaubagaimanapun, kami tidak putus harapan untuk terus ingin melawat tempat-tempat yang menarik, dalam perjalanan kami melihat terdapat beberapa deret kedai yang menjual keropok yang amat sedap dipandang. Kami pun berhenti seketika untuk membeli keropok yang disangkut-sangkut didalam kedai, keadaan kedai mereka menarik perhatian kami kerana keunikan kedai mereka tidak ada di mana-mana kecuali dalam daerah mereka. Terdapat banyak jenis keropok yang dijual, kami turut membeli seberapa banyak keropok pada waktu itu kerana harga yang ditawarkan begitu murah dan kami membeli seolah-olah orang yang tidak pernah makan keropok.

Selepas kami membeli keropok, kami sempat singgah gerai buah dan sayur di tengah jalan, kami tertarik dengan buah mangga dan jagung bakar yang dijual di gerai tersebut. Sementara menunggu pakcik tersebut membeli labu, kami membeli jagung bakar sambil mendengar suara oran berkaraoke dala kawasan tersebut. Selepas semua siap membeli, kami meminta pak cik tersebut untuk singgah di mana-mana tempat untuk kami makan tengahari walaupun hari sudah menjelang petang, dan pak cik Johhson menyarankan kami ke Kota Belud untuk menjamu selera disana, kami bersetuju dan memulakan perjalanan menuju ke Kota Belud.

Apabila sampai di Kota Belud, Pak Cik Johnson menunjukkan kami restoran yang halal utuk kami menjamu selera, kami membawa pak cik Johnson makan tetapi beliau menolak dengan baik dengan alasan ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di pekan tersebut. Kami dengan perasaan lapar masuk kedalam restoran untuk mengisi perut yang kosong, kemudian kami memesan makanan mengikut selera masing-masing. Selepas menjamu selera, kami bercadang untuk berjalan-jalan sebentar di sekitar kawan pekan Kota Belud.

Pada jam 4.00 petang kami bertolak untuk balik, dalam perjalanan pak cik Johnson memberitahu kami terdapat sebuah gerai kelapa di sepanjang jalan dan kami membuat keputusan untuk berhenti melihat keunikan gerai di Sabah ini, kami sempat membeli puding kelapa yang sangat sedap sekali dan kami merasakan bahawa puding tersebut adalah puding yang paling sedap pernah kami rasa. Kami meneruskan lagi perjalanan, dan singgahan terakhir kami ialah di pusat membeli belah yang selalu kami kunjungi iaitu One Borneo untuk membeli sedikit barang kegunaan harian.

Selesai membeli belah di One Borneo kami kembali menuju ke van tersebut untuk balik ke kolej kediaman masing-masing. Tepat jam 5.30 petang kami sampai ke kolej kediaman masing-masing dan kami amat berterima kasih kepada pak cik Johnson kerana sabar dengan karena kami yang asyik singgah dalam perjalanan. Walaubagaimanapun, kami amat bersyukur kerana aktiviti kami berjalan dengan lancar selaras dengan perancangan kami dan kami berada dalam keadaan selamat sebelum dan selepas lawatan.

Kemudiannya kami merangka draf untuk tugasan TITAS berdasarkan buku, internet dan responden di Kampung Bambagazo. Kami turut membahagikan tugasan dan memastikan setiap ahli kumpulan mempunyai tugas masing-masing untuk menyempurnakan tugasan yang mencabar ini, selepas setiap ahli sudah menyiapkan bahagian masing-masing, kami mengumpulkan tugasan dan mengedit untuk menyempurnakan dan mengemaskan tugasan Titas. Akhirnya, setelah menempuhi pelbagai cabaran, kekangan, kesedihan, tugasan berlambak, dan kegembiran kami dapat menyiapkan tugasan TITAS dengan hati yang tenang dan bertawakal dengan markah yang akan kami perolehi.
gambar rojak kami sana:_----__---__---__



 p/s:comel2 kan pic kami..hihihi hahaha disebabkan sy teda idea mau buat entry sy copypastelah ni benda..ni pun mau mngampai-mengampai da sy buat..Bm sy agak hancur, tapi sy x peduli...puan ckp report x payahlah kmu buat skema-skema....jadi sy buat jaklah mcm ni kan..apa-apa pun mmg enjoylah kami punya kerja jalan-jalan sambil buat kerja...nnti akan berjalan-jalan bersama rakan-rakan tersayang sy itu^^....selamat menstresskan diri....

Comments

Hilton Sarun said…
hemm..hasilnya agak bagus..teruskn usaha..
ayyu Hasmayyu said…
hehe..iya hilton...hntam sejalah bh ni...
EB said…
Assalamualaikum...
Hehehe nasib baik kamu x p pegi yg d KM tu.. Pilihan yg bgs untuk ke sini terus.. Saya pn anak rungus juga yg sudah dicampur dgn Dusun.. hehehe..

Actly smua tmpt yg kmu pergi ni sya pernah bt satu pertandingan dulu masa sya stdy d Poli.. Kmi JPP buat game aka Convoy.. kmi pegi smua tmpt..
Rumah Panjang, Tmpt Gong, Madu.. apa lg tu ah lupa suda.. tp mmg round abis la... Hehehe oh kmi ada bkhemah lg dsimpang mgayau.. Mmg bestla sebab kmi bt BBQ lg disana.. hehehe.. rindunya...
ayyu Hasmayyu said…
EB..wah betul bh ko Rungus? ingatkan ko dusun tulen ni..
uik mmg best sangat mansau-mansau di area sana...tapi kamu ada p simpang mangayaukan..kami teda..huhu jeles2
EB said…
Ya btulla.. Mixed ba sya ni.. hehehe..
A'aa siok mmg siok..
Ba nnti bt la plan sama kawan2 habiskn masa 1 hari di sana.. kira mcm reunion la..
ayyu said…
hehe...mix dusun rungus lh kn..bha bleh juga tu....klu ada masa terluang..kn3

Popular posts from this blog

SALAM 1 SYAWAL..AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI

Hanya pendapat saya semata-mata

asslamualaikum wbt

Buka-buka facebook ramai orang cakap sal bunuh diri, buka2 blog ramai juga orang cakap pasal bunuh diri, tengok-tengok komen, orang duk pandai-pandai bagi hukuman... masuk neraka lah, kau bodoh sebab bunuh diri, ceteknya akal dia...(sebenarnya disini sepa yang pendek akal) sendiri ingat sudahlah..kan?-_- bukannya dia dengar..sudahlah urusan dia dengan tuhan, siapalah kita kan mau cakap macam tu, kita yang masih hidup, beramal lah selagi ada masa, tidak mustahil orang terdekat kita ada juga buat macam tu nanti.. sanalah anda akan terdiam seribu bahasa bila sebelum tu anda banyak cakap hal orang..
banyak sebab orang bunuh diri sendiri atau bunuh diri orang lain, memang kita tahu bunuh diri tu salah dan dosa di sisi agama(memang salah!)..tapi siapa dalang dalam hal ni semua? bukan kita kah sendiri?..kes lain of coz syaitan yang terkutukkan..ketepikan syaitan tersebut~~~  kita fikir dulu, salah siapa? sy malas menuding jari kepada siapa-siapa, mungkin orang tu bunuh diri …