Skip to main content

Kosmo! Online - Dunia

Kosmo! Online - Dunia

NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook.

Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.

Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.

"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.

"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press.

Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

SALAM 1 SYAWAL..AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI

Hanya pendapat saya semata-mata

asslamualaikum wbt

Buka-buka facebook ramai orang cakap sal bunuh diri, buka2 blog ramai juga orang cakap pasal bunuh diri, tengok-tengok komen, orang duk pandai-pandai bagi hukuman... masuk neraka lah, kau bodoh sebab bunuh diri, ceteknya akal dia...(sebenarnya disini sepa yang pendek akal) sendiri ingat sudahlah..kan?-_- bukannya dia dengar..sudahlah urusan dia dengan tuhan, siapalah kita kan mau cakap macam tu, kita yang masih hidup, beramal lah selagi ada masa, tidak mustahil orang terdekat kita ada juga buat macam tu nanti.. sanalah anda akan terdiam seribu bahasa bila sebelum tu anda banyak cakap hal orang..
banyak sebab orang bunuh diri sendiri atau bunuh diri orang lain, memang kita tahu bunuh diri tu salah dan dosa di sisi agama(memang salah!)..tapi siapa dalang dalam hal ni semua? bukan kita kah sendiri?..kes lain of coz syaitan yang terkutukkan..ketepikan syaitan tersebut~~~  kita fikir dulu, salah siapa? sy malas menuding jari kepada siapa-siapa, mungkin orang tu bunuh diri …

the Vampire Diaries season 2....

na na na na....x sabar mau download episod 22..mau sgt sgt sgt tengok ni vampire yang kacak kacak belaka..yaii -matt-bonnie-tyler-stefan-elina-damon-jeremy-caroline-alaric-jenna penjaat sot- klaus!
haha hafal nama nampak padahal teori teori nda dihafal bha...
Vampire baik ^^ hero heroin~~yg lelaki dua org tu adik beradik ermm ~~ apa apalah
semat kan.... ~~~~
mau mau mau mau mau tengok~~

isk sudahlah..c ayyu asyik movie movie dan movie seja, biarlah..peduli pa kan, bukannya buat benda jahat pown..tak kan sy mau tengok hutan di belakang hostel kan, tedalah bagus tengok movie (kc naik dgre spek ko) haha..iyalah sabar sejalah. boson oo tapi x pa esok last exam..dan esok juga hari ketamatan kehabisan keendingan tahun satu berada di Ums lambang puncak jaya *pinjam sekejap lagu sekolah yang sampai sekarangpun sy nda tau sdh hafal atau belum*..kcian c ayyu,, tapi lagu negaraku hafal tau..hahaa--loyar. . sem depan masuk tahun dua, alhamdulillah dapat menamatkan tahun satu dan harap harap pointer ada naik…